TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan meluangkan masa hadir di Program Ziarah Ramadhan di Rumah Anak Yatim Tambunan, semalam.
Beliau bersama-sama dengan Persatuan Dusun Islam Sabah bukan sahaja melawat tetapi menyampaikan bantuan, sekaligus bersama-sama berbuka puasa.
Jeffrey kagum dengan rakyat Sabah yang sentiasa menyantuni antara satu dengan lain terutama sekali di Tambunan.
“Mudah-mudahan program seperti ini akan mengeratkan silaturahim, perpaduan dan kerjasama di antara kita,” katanya
Jeffrey berharap agar anak-anak yatim yang belajar dan menghuni di rumah ini akan mengambil kesempatan untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga suatu hari nanti mereka menjadi pemimpin ataupun berjawatan.
Katanya, di masa akan datang mereka berkesempatan dan berpeluang untuk membantu orang lain.
