JANS pantau kegiatan aktiviti penyambungan haram – Shahelmey

KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melalukan flushing dan ‘buang angin’ di saluran paip sekitar One Borneo, Alam Mesra awal pagi ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, ini bagi melancarkan pemulihan tekanan air selepas kerja-kerja dua paip transmisi yang bocor pada beberapa hari lalu.

“Saya telah mendapat feedback dari seorang penduduk Alam mesra bahawa tekanan air di rumah baru kembali pulih, syukur alhamdulillah.

“Manakala di Kg Likas, kadar pemulihan sedikit perlahan disebabkan oleh aktiviti penyambunan haram (cabaran yang sering didepani oleh pihak JANS),” katanya.

Shahelmey berkata, pihak JANS akan teus berusaha sekali gus memantau keadaan ini.