25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

Hentikan sengketa politik, beri ruang Hajiji majukan Sabah – Anwar Ibrahim

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya menghentikan segala sengketa politik di Sabah dan memberi ruang kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk mentadbir serta memajukan negeri itu.

Beliau berkata semua pihak tidak sepatutnya menjadikan politik sebagai medan permusuhan dan adu domba yang tidak berkesudahan di negeri itu sebaliknya mereka perlu berganding bahu tanpa mengira latar belakang politik bagi memajukan Sabah.

“Ada mandat sekarang, gunakan mandat itu untuk jaga negeri ini, pimpinan dipilih, kita pegang amanah bukan khianat, kalau rasa nak bertarung tunggu masa pilihan raya kita bertarung.

“Sekarang bukan masa bertarung, sekarang masa menjalankan amanah mentadbir negeri dan mengangkat martabat negeri serta rakyat,” katanya di sini hari ini.

Anwar berkata, dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan beliau pada Jumaat lepas, antara perkara yang diberi penekanan penting ialah menghapuskan kemiskinan tegar dan kira-kira 130,000 orang kini berada dalam kategori itu.

“Ramai (miskin tegar) di Sabah, jadi dengan apa cara juga, seluruh kekuatan Persekutuan dan negeri kita selamatkan rakyat ini… ini kita katakan tekad politik, bila kita ada tekad politik, kekal jujur, masalahnya daripada diri sendiri, mahu atau tidak, saya percaya rakyat Sabah komited dalam perkara ini,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles