Hampir putus asa sambung UNIMAS, persiapan belajar musnah dalam kebakaran

Hampir putus asa sambung UNIMAS, persiapan musnah dalam kebakaran

TONGOD : Lepas tular isu Karung Plastik’ kini tumbuk pulak pelajar hampir tidak dapat mendaftar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selepas persiapan musnah dalam kebakaran di Kampung Pinangah, Tongod, baru-baru ini.

Pelajar Ermah Duvus menerima tawaran Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Politikdan Pemerintahan) di UNIMAS kemudiannya berjaya dipujuk beberapa individu penting termasuk guru serta pengetua sekali gus menghantarnya mendaftar di Sarawak.

“Akibat masalah ekonomi, manakala segala persiapan untuk pendaftaran ke UNIMAS musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

“Ermah ketika ini sangat bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang ramai untuk meneruskan pengajian di sana kelak,” kata Benson Inggam Wakil UPKO Kuamut.

Menurut Benson, sumbang daripada orang ramai atau kerajaan negeri untuk membolehkan Ermah Duvus  dapat meneruskan pengajiannya.

“Kita yakin mungkin Ermah Duvus masih berhadapan dengan situasi sukar apabila memikirkan keluarganya masih mengalami musibah di kampung.

“Semoga dengan adanya sedikit sumbangan membolehkan beliau dapat fokus kepada pembelajarannya di UNIMAS nanti,” jelas Benson.