Hajiji ziarah jenazah Bung Moktar, sampaikan ucapan takziah

KITA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di Idang Residen, Luyang, bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas timbalan ketua menteri itu.

Bercakap kepada media selepas lawatan tersebut, Hajiji menyifatkan Bung Moktar sebagai seorang pemimpin yang banyak menyumbang kepada negeri, khususnya di kawasan diwakilinya.

“Sebagai sahabat lama, saya amat bersimpati dan mengingati Allahyarham, terutama ketika beliau melalui tempoh sakit sebelum ini.

“Bagi pihak keluarga dan kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar roh Bung Moktar dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman.

Bung Moktar, 66, yang juga ADUN Lamag, meninggal dunia pada 1.46 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.