TUARAN: Sejumlah RM54 juta diagihkan bagi membantu sekolah-sekolah Cina dan mubaligh serta badan keagamaan bukan Islam di Sabah, pada tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi membantu sekolah-sekolah Cina dan mubaligh serta badan keagamaan bukan Islam di Sabah, pada tahun depan.
Katanya, penambahan sebanyak RM7 juta itu berbanding RM47 juta pada tahun ini, katanya adalah sejajar dengan komitmen padu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) untuk memastikan keperluan masyarakat itu terus diberi keutamaaan.
“Saya berharap bantuan yang diagihkan atas keprihatinan Kerajaan negeri itu akan dapat meringankan beban dalam membangun dan membaiki sekolah serta rumah ibadat bukan Islam di negeri ini.
“Ini sekali gus akan memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat bukan Islam di peringkat akar umbi.
“Kerajaan negeri sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek serta sentiasa membantu rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya di sini hari ini.
Hajiji berkata, masyarakat Cina mempunya banyak kelebihan terutama dalam perniagaan.
“Kepentingan masyarakat Cina termasuk berkaitan sekolah dan kebudayaan tetapi kita utamakan di bawah kerajaan GRS-BN.
“Sokongan padu masyarakat Cina di Sabah kepada kerajaan GRS-BN pada PRU15 ini akan menjamin kesejahteraan masyarakat itu terus diperjuangkan,” katanya.