24 C
Kota Kinabalu
Monday, December 5, 2022

PRU15: Calon GRS Parlimen Kota Kinabalu dakwa bahan kempen dirosakkan

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Yee Tsai Yiew mendakwa lebih 100 bendera, poster dan banting dirosakkan dipercayai akibat perbuatan khianat.

Katanya, laporan juga sudah dibuat berhubung kejadian itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan lanjut.

Perbuatan itu dikesan pekerja kempen GRS Kota Kinabalu, semalam dengan kebanyakan daripada bahan kempen terbabit dikoyakkan, bendera dipatahkan manakala poster diconteng.

Berikutan itu, Tsai Yiew yang kecewa dengan tindakan sedemikian merasakan ia adalah tindakan khianat pihak tidak bertanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Saya sangat kecewa terhadap tindakan orang yang tidak bertanggungjawab ini. Namun begitu, saya anggap ia satu cabaran ketika berkempen dan ini tidak sedikitpun mematahkan semangat saya dan jentera parti untuk meneruskan kempen PRU15.

“Kita kena matang dalam berpolitik dan biarlah pihak yang berwajib mengambil tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan berhubung perbuatan merosakkan bahan kempen miliknya, di sini.

PRU15 menyaksikan pertandingan lima penjuru di kerusi Parlimen Kota Kinabalu di antara Tsai Yiew menentang penyandang, Chan Foong Hin (Pakatan Harapan), Amanda Yeo (WARISAN), Winston Liaw (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat) dan calon Bebas, Marcel Jude.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles