Hajiji terima kunjungan MB Selangor

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima

kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di
pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji terima kunjungan MB Selangor.

Amirudin mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Selangor seramai 160 orang terdiri daripada exco-exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan, GLC, Pegawai-Pegawai
Daerah mengadakan lawatan kerja empat hari ke Sabah bermula 21 Januari lepas.

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri
Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Datuk Mohd Sofian Alfian Nair dan Timbalan Peguam Besar Negeri (2) Suzumaidah Hussain.

Rombongan Amirudin terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Setia Haris Kasim, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Salim Soib dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Dr. Ahmad Fadzli Tajuddin.

Amirudin juga menghadiri Program Jelajah Mahasiswa #KitaSelangor yang diadakan di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.