LABUAN:Projek Jalan Pesisir Pantai yang menghubungkan Membedai ke Tanjung Aru diserah secara rasmi kepada Kementerian Kerja Raya (KKR), semalam.
Jalan tersebut yang menelan kos RM125 juta telah siap sepunuhnya pada November tahun lalu dan sebelum ini diletak dibawah bidang kuasa Jabatan Wilayah Persekutuan.
Majlis Penyerahan Pemilikan Aset Jalan Tersebut telah diserahkan secara simbolik oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Indera Noridah Abdul Rahim bagi pihak Jabatan Wilayah Persekutuan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR Datuk Zahrul Hakim Abdullah.
Majlis penyerahan tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (KKR) Datuk Ir Badioezaman Ab. Khalik dan Pengarah Jabatan Kerja Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Faizul Mohd Ali.
Terdahulu, Noridah dalam ucapannya berkata projek pembinaan jalan dua lorong itu mula telah dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Wilayah Persekutuan.
Katanya objektif utama pembinaan jalan pesisir pantai tersebut adalah sebagai laluan alternatif menghubungkan wilayah utara ke di bawah peruntukan Jabatan Wilayah Persekutuan dilaksanakan oleh JKR melibatkan pembinaan jalan dua lorong sepanjang 4.8 kilometer.
Menurutnya, pihak KKR akan mengambi alih tanggung jawab selepas ini untuk menyelangara jajaran jalan tersebut demi memastikan kebajikan dan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata pihaknya telah melantik sebuah syarikat konsesi baharu untuk penyelenggaraan jalan tersebut dan akan dikawal selia sepenuhnya oleh JKR Labuan.
Untuk rekod pembinaan jalan pesisir pantai telah mula dibina pada November 2017 dan siap sepenuhnya pada November 2021 dan dibuka penggunaanya kepada orang awam pada 1 Febuari 2022.
Jalan tersebut secara langsung telah memberi manfaat kepada sebahagian besar pengguna jalan raya disekitarnya terutama mereka yang tinggal di Kampung Tanjung Aru, Lubok Temiang, Negalang dan Kerupang.
Selain itu, jalan pesisir pantai ini bukan sahaja meningkatkan ketersambungan Labuan tetapi juga mengurangkan kesesakan lalulintas di sepanjang Jalan Pohon Batu dan Jalan Tun Mustapha menuju ke pusat bandar.