LAHAD DATU: Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu menahan 20 individu dan merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM2.24 juta sepanjang April lalu.
Kejayaan itu dicapai menerusi 16 serbuan dan 27 laporan polis hasil operasi Cawangan Risik serta Op Taring ESSZONE Kompeni A.
Daripada jumlah tangkapan, 19 adalah lelaki dan seorang wanita, dengan 15 daripadanya warganegara tempatan manakala lima lagi warga asing.
Rampasan melibatkan pelbagai barangan termasuk dadah jenis syabu, ketum, bahan buangan terjadual serta barangan kawalan seperti minyak masak, tong gas, petrol dan diesel.
PGA menegaskan akan terus mempergiat operasi bagi membanteras jenayah di kawasan ESSZONE.
