KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama isteri menghadiri Royal Mess Night sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Kota Kinabalu.
Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada acara rasmi yang menzahirkan penghormatan kepada institusi negeri serta pasukan keselamatan negara.
Acara dimulakan dengan keberangkatan tiba TYT bersama Toh Puan sebelum diikuti perarakan rasmi termasuk iringan “Sword Bearer” dan “Bagpipes”.
Turut menjadi tumpuan ialah upacara “toast” yang melibatkan penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan pasukan keselamatan negara.
Majlis itu turut menampilkan acara simbolik seperti pemotongan kek serta persembahan hiburan oleh gabungan PDRM dan ATM.
