Hajiji ketuai delegasi Sabah ke Permukiman Kerajaan MADANI 2026

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima mengetuai delegasi negeri itu menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI 2026 yang berlangsung selama dua hari di Pusat Pembelajaran KWSP, Bangi, bermula 10 Januari.

Delegasi Sabah turut disertai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam, Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Permukiman itu dimulakan dengan amanat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari pertama.

Pada hari kedua, Hajiji membentangkan kertas perbincangan yang menyentuh isu-isu semasa berkepentingan rakyat dari perspektif Sabah, termasuk cabaran pembangunan dan keperluan khusus negeri itu dalam kerangka Kerajaan MADANI.

Permukiman itu turut disertai semua menteri Kabinet Persekutuan bagi menyelaraskan hala tuju dasar dan keutamaan pentadbiran Kerajaan MADANI bagi tahun 2026.