KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri mesyuarat pra majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang menghadap Sultan Brunei di Bandar Seri Bengawan hari ini.
Hajiji bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Openg bersama dalam rombongan Perdana Menteri untuk lawatan rasmi dua hari ke negara tersebut.
Susulan menghadap Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri, Hajiji dan Abang Jo akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei Darussalam.