Hajiji bersama 10,000 orang hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Tawau

TAWAU : Anjuran Majlis Rumah Terbuka mampu mengeratkan hubungan silaturrahim serta mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, dalam suasana sambutan Hari Raya merupakan ruang terbaik untuk mengamalkan budaya berkunjung diantara saru sama lain sambil tidak melupakan golongan kurang bernasib baik.

Katanya, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan asnaf, mesti disantuni diberi bantuan agar mereka dapat bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya.

“Pada hari ini penyertaan masyarakat berbilang kaum dalam majlis rumah terbuka ini menunjukkan kebersamaan kita bersama-sama menyambut ini dalam suasana aman dan damai.

“Ini membuktikan rakyat sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada agar turut serta dalam setiap perayaan utama di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hajiji merupakan Presiden Gagasan Rakyat berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 80 orang asnaf di majlis itu.

Lebih 10,000 masyarakat pelbagai kaum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran gabungan tujuh bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Dewan Masyarakat Tawau.

Majlis dianjurkan Gagasan Rakyat Bahagian Balung, Apas, Sri Tanjung, Kukusan, Tanjung Batu, Merotai dan Sebatik.

Hajiji merupakan Presiden Gagasan Rakyat menyampaikan sumbangan kepada 80 orang asnaf di majlis itu.

Sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu Hajiji turut meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Datuk Haji Tahir Picho di Seri Indah Regency Tawau.