Blue Warrior 2 Hongkong juara Cabaran DAIWA Deep Sea Fishing LISC 2024

LABUAN : Pasukan Blue Warrior Hongkong muncul johan Cabaran DAIWA Deep Sea Challenge sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2023 yang berakhir hari ini.

Mereka berkongsi hadiah wang tunai RM45,000 selain menerima hadiah peralatan memancing DAIWA.

Pasukan mengabungkan pemancing dari Hongkong dan Filipina itu berjaya mengumpul hasil tangkapan seberat 88.5 kilogram (kg).

Naib johan dimenangi pasukan Mystery A/Rodzhan (Sabah) selepas berjaya mengumpul hasil tangkapan seberat 76.1 kilogram sekali gus memenangi wang tunai RM15,000 serta peralatan memancing sumbangan DAIWA.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan BN Reelers B/Yusrissham dari Brunei Darussalam berjaya menaikkan ikan seberat 52.6 kilogram berkongsi hadiah wang tunai RM10,000 serta barangan memancing DAIWA.

Peserta dari Hongkong Chow Kam Kwong dinobatkan sebagai johan kategori individu selepas menaikkan ikan jenis Dog Tooth seberat 30.6kg menerima hadiah wang tunai beserta peralatan memancing.

Manakala Naib johan kategori individu dimenangi Kong Kin Yuen dari Perak selepas menangkap ikan jenis keratang seberat 18.6 kg hadiah wang tunai dan peralatan memancing.

Tempat ketiga Hau Kiam Thong dari Sabah hasil tangkapan ikan jenis Ruby seberat 14.2 kg untuk menerima hadiah perlatan memancing.

Sementara itu, pemancing dari pasukan Mystery dari Sabah, Rozhan dinobatkan sebagai pemenang  utama bagi kategori Khas Daiwa Deep Sea Challenge.

Beliau berjaya menangkap ikan Dog Tooth seberat 44.66 kilogram menerima hadiah berupa peralatan menangkap ikan bernilai lebih RM6,000.

Cabaran DAIWA Deep Sea  Challenge diadakan di kawasan Pulau Layang-Layang, Kepulauan Spratly Malaysia 80 km dari Labuan telah disertai 184 peserta dari dalam dan luar negara.

Antara peserta luar negara  menyertai cabaran DAIWA Deep Sea   Challenge termasuk Brunei, Hongkong, Kanada, Brunei,  China dan Malaysia.

Pertandingan dijalankan selama lima hari bermula 23 hingga 26 April  itu dianjurkan Perbadanan Labuan  dengan kerjasama  DAIWA.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail diadakan di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan.