KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM300,000 daripada SD Guthrie Berhad (Guthrie) kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).
Sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Guthrie, Mohd Haris Mohd Arshad
kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu di sini.
Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun, Ketua Perkhidmatan Operasi Kumpulan Guthrie Razlanshah Abd Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Huluan, Wilayah Sabah R Vijayakumar.
