GRS Tidak Janji Bulan dan Bintang, Tapi Bukt Kerja Dah Jelas di Depan Mata

KENINGAU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan sekadar pandai berjanji, tapi sudah membuktikan hasil kerja nyata untuk rakyat Sabah.

Di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, kerajaan negeri berjaya melaksanakan pelbagai dasar berkesan termasuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar – satu kejayaan yang bukan lagi cakap kosong politik.

Pengarah Komunikasi Parti Cinta Sabah (PCS) Bahagian Bingkor, Clifford Spencer, berkata kejayaan itu jelas melalui Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang semakin berkembang sejak dilancarkan pada 2022.

“Dulu hanya 20 unit rumah bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), tapi tahun ini dah naik 40 unit dan tahun depan dijangka 50 unit,” katanya.

Lebih menarik, katanya, 10 unit rumah kini khas untuk pasangan muda yang baru berkahwin — inisiatif pertama seumpamanya dalam sejarah Sabah.

“Bantuan rumah kali ini empat hingga lima kali ganda lebih banyak daripada kerajaan dulu.

“Malah, sebelum ini bukan saja bantuan gagal, ekonomi negeri pun merosot,” katanya lagi.

Clifford menegaskan pencapaian itu membuktikan GRS bukan kerajaan cakap kosong, sebaliknya serius membantu rakyat melalui tindakan nyata.

“Rakyat jangan mudah terpedaya dengan janji manis. Apa yang penting ialah bukti! GRS dah tunjuk kemampuan bina Sabah yang lebih makmur dan inklusif,” ujarnya.