Gagasan Rakyat siap sedia jentera hadapi PRN Sabah – Masiung

SANDAKAN : Semua Jawatankuasa perhubungan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah perlu siapsiaga merangka gerak kerja awal bagi menghadapi Pilihanraya Umum Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, beliau melahirkan tinggi semua parti komponen GRS disemua peringkat  mula menggerakan jentera masing-masing.

” Secara holistiknya Gagasan Rakyat sudah merancang persiapan rapi termasuk menyediakan pelbagai logistik penggunaan platform digital dan media sosial.

“Kita sangat yakin persiapan ini banyak membantu Gagasan Rakyat bersiap sedia menghadapi PRN Sabah dijangka diadakan dalam tempoh terdekat, “ katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut di sini, semalam.

Masiung merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuamut berkata, tiga sayap utama Gagasan Rakyat iaitu Wanita, Pemuda dan Beliawanis telahpun membentuk kerjasama efektif dengan parti-parti komponen GRS bagi memastikan gerak kerja awal.

Ditanya mengenai isu yang dicipta pihak pembangkang termasuk menggunakan individu yang memuat naik vedio rasuah bermotifkan politik, Masiung berkata ia adalah normal menjelang PRN.

” Pemimpin pembangkang yang sebelum ini pernah menerajui kerajaan lebih banyak waktu mencipta bermacam-macam isu dan tomahan

“Sedangkan kita dalam kerajaan lebih banyak menumpuhkan usaha untuk pembangunan rakyat,” jelas Masiung.

Menurutnya, GRS kini sedang dalam usaha memperbaiki kecacatan yang gagal mereka laksanakan semasa pembangkang menjadi kerajaan dahulu.

“Apabila mereka ditolak rakyat dan tidak lagi berkuasa, pembangkang akan mencipta pelbagai cerita yang kurang tepat terhadap kerajaan dengan harapan rakyat akan percaya.

“Ketika ini rakyat sangat bijak, mereka sudah tentu akan memilih kerajaan yang terbukti corak pemerintahannya sekali berupaya membantu rakyat,” kata Masiung.