TAWAU : Seorang lelaki tempatan ditahan selepas tular di media sosial beberapa batu nisan dicabut di kawasan tanah perkuburan di Kampung Sungai Imam Bombalai Laut, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan tersebut dari penduduk kampung mendakwa kejadian itu dilakukan individu tidak dikenali.
Katanya, pihaknya berjaya menahan seorang suspek warga tempatan berusia 35 tahun, jam 2.00 petang di sebuah rumah tidak jauh dari kawasan kejadian.
“Kejadian ini mencetuskan kemarahan penduduk setempat sehingga mendapat perhatian pihak Polis.
“Kita tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan boleh mencetuskan keresahan awam. Kami sedang menyiasat motif kejadian in sekali gus mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak terlibat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Jasmin berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut serta akan di siasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
“Suspek akan didakwankerana melakukan perbuatan khianat yang menyebabkan kerosakan harta benda.
“Kita menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak Polis,” jelas Jasmin.