KOTA KINABALU : Satu laporan polis terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman berkaitan tuduhannya menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti Firaun.
Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Halil Ruffli berkata, kenyataan Ajis Jamman dilihat sangat berniat jahat seolah-olah GRS merupakan kerajaan zalim dan disamakan dengan firaun, manakala pemimpin-pemimpin warisan adalah seperti Nabi Musa.
“Ucapan Azis Jamman ini sangat jelas menghasut rakyat dengan menggunakan agama bagi memesongkan akidah rakyat.
“Kita sedia maklum rakyat negeri ini sangat menolak extrimis yang menggunakan agama demi kepentingan politik yang akhirnya akan membawa kepada perpecahan keunikan rakyat Sabah yang Selama ini telah wujud,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Halil menyeru kepada masyarakat Sabah agar tidak terpengaruh dengan cara politik sedemikian.
Sementara itu, Tsabbit Mukti merupakan Biro Penerangan PGRS Pusat berkata mereka faham Pilihanraya Negeri Sabah akan berlaku dalam tempoh lebih kurang setahun lebih dari sekarang.
Katanya mana-mana pihak bebas untuk berkempen tapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk pemimpin politik menyamakan parti lawan sebagai firavun merupakan adalah sejahat- jahat manusia.