Tijarah Holding meterai MoU bersama Majlis Pembangunan Ekonomi Palawan di Labuan

LABUAN: Syarikat Penyelia Perkhidmatan aset digital Islam terkemuka, Tijarah Holding Ltd berpangkalan di Labuan menandatangani memorandum persefahaman dengan Majlis Pembangunan Ekonomi Palawan (Pedco) Filipina.

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman itu telah diadakan di Labuan turut memoromosikan Hab Blockchain Labuan sebagai pusat inovasi dan oenyelesaian aset digital yang mematuhi Kewangan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Tijarah Holding Ltd. John Pellegrini berkata, pemeterian perjanjian itu merupakan acara kemuncak Lawatan Pedco ke Labuan yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Labuan (LCC) bagi meneroka peluang pelaburan di Labuan.

“ MoU itu akan menjadi batu loncatan bagi kerjasama rentas sempadan dalam bidang aset digital Islam.

“Dengan memanfaatkan kuasa teknologi Blockchain Maal, kami menjangkakan Hab Blockchain Labuan Akan menjadi pemacu pertubuhan Ekonomi dan inovasi, bukan sahaja bagi Labuan malah untuk keseluruhan rantau ini “ katanya di sini semalam.

Pada majlis itu, Pellegrini menandatangani MoU berkenaan bagi pihak Tijarah Holding Ltd, manakala Majlis Pembangunan Ekonomi Palawan diwakili Alex Paglimotan.

Pellegrini berkata,  teknologi Blockchain dan penyelesaian digital yang diperkenalkan oleh inisiatif ini dijangka meningkatkan kecekapan dan memastikan integritinya melalui sifat blockchain yang tidak berubah.

Pedco sebagai agensi kerajaan berperanan memoromosikan pertubuhan ekonomi dan pembangunanan di Wilayah Palawan dengan memfokaskan pelaburan disamping mewujudkan dan menggalakkan persekitaran Perniagaan yang berjaya saing.

“MoU ini juga sejajar dengan visi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan untuk memperluaskan inovasi  dan  pertubuhan ekonomi Malaysia” katanya.