LABUAN: Syarikat Financial Park Labuan (FPL) meraikan 40 pelajar asnaf Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP (Labuan) dalam Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Hari Raya di sini, pada Rabu lepas.
Selain diraikan dalam majlis berbuka puasa, Financial Park turut menyumbangkan RM4,000 dimana setiap pelajar akan menerima RM100 yang akan dikreditkan secara terus ke akaun mereka sebagai usaha membantu para pelajar menyambut hari lebaran Aidil Fitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Turut diadakan pada majlis itu, Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad SalihinHaji Hamden.
Sementara itu, Pengarah Urusan FPL, Nazrul Hisyam Mohd Noh berkata, majlis itu merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat untuk menyumbang kepada masyarakat.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif FPL Johari Mesar, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan dan Timbalan Pengetua Kompleks Darul Kifayah MAIWP Sitti Nursyazrawana Matkassim.