Ewon sampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah UKKM kepada Felix Joseph Saang

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) Felix Joseph Saang, di pejabat menteri di Menara Bank Rakyat, di sini semalam.

Turut hadir dalam majlis ringkas itu, Pengerusi Lembaga UKKM, Datuk (Dr.) Rosli Mat Hassan, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Naib Canselor UKKM Prof. Datuk Dr. Azali Mohamed.

Felix pernah memegang pelbagai jawatan sebelum ini iaitu, Pengerusi Nippon Paint (Sabah), Pengarah urusan Hospitaliti dan Pelancongan dan Pengerusi Koperasi Tokou Sabah Berhad. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Menteri MOSTI Malaysia.

Pencapaian tertinggi beliau dalam akademik ialah Master in Management – North Borneo University College (NBUC). Felix merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas pelantikan itu.

Pelantikan sebagai Timbalan BoD UKKM berkuatkuasa 1 Julai lalu.