10 Kelab Malaysiaku sertai Pelancaran Program Jiwa Madani@Kelab Malaysiaku di Labuan

LABUAN : Sebanyak 10 Kelab Malaysiaku sertai Majlis Pelancaran Program Jiwa Madani@Kelab Malaysiaku peringkat Labuan diadakan di Sekolah Menengah (SM) Sains, di sini, baru baru ini.

Program dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Wilayah Persekutuan Labuan,  antara lain bertujuan meningkatkan kefahaman akan hasrat kerajaan dalam pembetukan sahsiah dan akhlak di kalangan pelajar.

Majlis pelancaran program itu dirasmikan Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Yahya Ahmad Puteh.

Ketika berucap di majlis tersebut Yahya menyeru semua pelajar untuk terus bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti menaikkan semangat cintakan negara agar Malaysia dapat melahirkan pemimpin berwawasan dan berintegriti.

Antara pengisian program  termasuklah taklimat Sistem Beraja dan Ceramah Jiwa merdeka dan Kuiz Kenegaraan.

Antara sekolah berkenaan termasuklah, SMK Labuan, SM St. Anthony, SM St. Anne, SMK Pantai, SMK Lajau, SMK Taman Perumahan Bedaun l, SMK Rancha- Rancha, SM Sains dan Kolej Vokasional Labuan (KVL).

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan.