Dr. Dzulkefly makan malam bersama Presiden Parti Harapan Sabah di Semporna

SEMPORNA:  Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, mengadakan lawatan kerja ke Sabah melibatkan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau bagi meninjau sendiri keadaan fasiliti kesihatan serta membincangkan perancangan pembangunan hospital dan klinik baharu di kawasan pantai timur.

Hari ini beliau mengadakan perjumpaan bersama Presiden Parti Harapan Sabah, Tan Sri Liew Yun Fah makan malam di Semporna Sabah.

Dr. Dzulkefly memulakan lawatan pada 12 Ogos 2025, memulakan lawatan di Sandakan dengan mengunjungi beberapa fasiliti termasuk Klinik Desa Karamunting dan Hospital Duchess of Kent.