KOTA KINABALU: Ketua Perwakilan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur
Manu Bhalla bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu, dekat sini, hari ini.
Kedua-duanya membincangkan isu semasa dan usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala.
Bhalla diiringi Pegawai Diplomasi Awam Nurit Einik, Pembantu Kebudayaan Sudut Amerika Qairunnissa Ahmad dan Naib Konsul Lauren Mathern.