Mayor Bandaraya Kota Kinabalu baharu terima surat pelantikan daripada Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyampaikan surat pelantikan kepada Datuk Seri Dr Sabin Samitah sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang baharu hari ini.

Berasal dari Ranau, Dr Sabin, 63, menggantikan Datuk Noorliza Awang Alip sebagai Mayor ketujuh sejak Kota Kinabalu dinaikkan pangkat sebagai bandar raya 23 tahun lalu.

Sabin terima pelantikan sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu baharu terima surat pelantikan daripada Ketua Menteri.

Jawatan terakhir Dr Sabin adalah sebagai Ketua Pengarah Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum itu beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sabin Samitah

Hadir pada majlis ringkas itu ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.