Christina Liew Sumbang 800 Bungkusan Makanan Mangsa Banjir, Petugas

PENAMPANG: Sebanyak 800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, tanah runtuh serta petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Sumbangan daripada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew itu disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap II, Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing.

Menurut Christina, bantuan ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri selain menghargai jasa petugas barisan hadapan.

Penyerahan dibuat kepada Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Noemi Dyena John Tren sebagai wakil pusat bencana.