26 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

Ceramah di Bawah Bayu kongsi pengalaman Guru Bahasa Bukan Cina belajar Bahasa Cina

KOTA KINABALU: Seramai 100 peserta menyertai Ceramah di Bawah Bayu anjuran Institut Konfusius, Universiti Malaysia Sabah (CI@UMS), di sini, baru-baru ini.

Menurut kenyataan CI@UMS, penganjuran ceramah secara dalam talian itu merupakan satu siri aktiviti kebudayaan sebagai platform kepada para pelajar dan penduduk tempatan Sabah memahami bahasa dan budaya Cina.

“Dalam ceramah ini, seorang guru Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, Ernahwatikah Nasir dijemput sebagai penceramah bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau.

“Yang menariknya, dia merupakan seorang guru bukan berketurunan Cina yang mengajar bahasa Mandarin di UMS,” demikian menurut kenyataan itu, hari ini.

Pada ceramah tersebut, Ernahwatikah telah berkongsi pengalaman mempelajari bahasa Cina sejak dari bangku sekolah rendah hingga ke universiti di China.

Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (pengajaran bahasa Cina), dan ijazah sarjana dari Central China Normal University dalam bidang pendidikan Cina.

Selain itu, Ernahwatikah juga memberi petua mempelajari bahasa Cina dalam pengajaran bahasa Cina Han Yu Shui Pin Kao Shi (HSK).

Dalam pada itu, CI@UMS juga memaklumkan, mereka yang memiliki kelulusan HSK tahap tiga dan ke atas boleh memohon biasiswa Institut Konfusius melanjutkan pelajarannya di Universiti di China.

“Ceramah kali ini diharapkan dapat menarik minat lebih ramai warga Sabah agar mempelajari bahasa Cina bersama kami.

“Semangat dan kegigihan Ernahwatikah mempelajari bahasa Cina hingga ke peringkat Sarjana merupakan contoh terbaik khususnya dalam kalangan masyarakat bukan berketurunan Cina untuk mempelajari bahasa ini,” ujar kenyataan itu lagi.

Antara peserta yang mengambil bahagian

 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles