Belanjawan 2023: Rakyat harap pembangunan luar bandar dipercepatkan- Jafry

KOT KINABALU Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Arifin menyambut baik ‘Belanjawan 2023’ diharapkan agar memberi manfaat besar kepada pembangunan prasarana infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar negeri ini.

Menurutnya, Sabah menerima menerima peruntukan pembangunan masing-masing berjumlah RM6.5 bilion sekali gus meraih manfaat besar menerusi Belanjawan 2023.

“Kerajaan perlu pantau pelaksanaan projek ini mengikut jadual dengan memastikan projek pembangunan ini nanti berkualiti tingg tanpa ada sebarang kelewatan.

“Kawasan daerah yang ketinggalan dalam infrastruktur pembangunan asas wajar diutamakan agar tidak ada lagi beberapa kes jalan berlumpur tular sebelum ini di sosial media.

“Kanak-kanak sekolah terpaksa berhadapan dengan keadaan sekolah yang daif…Begitu juga kemudahan air bersih masih belum dapat dinikmati sepenuhnya rakyat terutama di kawasan luar bandar,” katanya d di sini hari.

Jafry berkata, penumuman dalam belanjawan 2023 ini memperlihatkan lebih RM2.5 bilion untuk projek melibatkan prasarana awam antaranya projek jalan dan lampu jalan serta bekalan air dan elektrik.

“Kit berharap menyegerakan kuasa melulus perolehan projek Persekutuan kepada Jabatan Teknik di Sabah sehingga RM50 juta bagi mempercepat pelaksanaan projek akan menyelesaikan masalah infrastruktur di negeri ini,” katanya.