KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching memulakan tugasnya di Putrajaya hari ini.
Beliau tiba jam 11. 00 pagi disambut oleh pegawai pegawai kanan kementerian seterusnya sesi suai kenal bersama pegawai di Pejabat Timbalan Menteri (MPIC).
“Kementerian ini agak besar dan terdiri dari 12 agensi serta majlis di bawah kementerian ini. Sudah tentu memakan masa sedikit untuk memahami corak kerjanya.
“Gambaran yang jelas tentang fungsi serta peranan kementerian dan agensi perlu diketahui awal termasuk antara sektor utama perladangan dilihat sebagai penyumbang peningkatan ekonomi selepas terjejas ketika negara dilanda pandemik Covid-19 lalu,” katanya.