Alumni KTYS aset penting sebagai duta kolej

KOTA KINABALU: Alumni Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) menjadi aset penting sebagai duta bagi memacu kejayaan kolej itu.

Justeru itu, Pengerusi Lembaga Pengarah KTYS Datuk Tah Nia Jaman berkata Persatuan Aumni perlu seiring dan bekerjasama rapat dengan pihak kolej.

Majlis Makan Malam di sini malam tadi bagi meraikan pelajar KTYS yang menamatkan pengajian.

Katanya sebagai sebuah organisasi pendidikan, pihak kolej memerlukan sokongan Persatuan Aumni untuk menjadi jurucakap khususnya kejayaan alumni di dunia luar selepas menamatkan pengajian.

“Beberapa alumni KTYS ada di merata tempat termasuk di luar negara. Ada di antara mereka ini berjaya dalam bidang pekerjaan. Kejayaan mereka ini perlu dikongsikan dengan pelajar di kolej untuk dijadikan contoh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam di sini malam tadi bagi meraikan pelajar KTYS yang menamatkan pengajian.

Hadir sama, Ketua Pengawai Eksekutif KTYS Samin Ongki dan Presiden Persatuan Alumni KTYS Mohd Pkhruddin Bian.

Pada Majlis itu, turut disampaikan dua anugerah kepada bekas pelajar kolej kepada Fazrie Sairi (Alumni Inspired Award) dan Hervian Kirman (Alumni Rising Star Award).

Tah nia menyifatkan penubuhan Persatuan Aumni KTYS menjadi landasan kepada alumni untuk menyatukan padukan menerusi sebuah organisasi.

Terdahulu Mohd Pkhruddin dalam ucapan aluannya menghargai kepercayaan kolej bagi Persatuan Aumni menganjurkan Majlis Makan Malam itu yang pertama kali dianjurkan.

Katanya sejak penubuhan alumni KTYS, pihaknya sentiasa mencari pendekatan terbaik untuk menyokong kolej itu khususnya membabitkan alumni serta menguar-uarkan program ditawarkan KTYS.

Pada masa sama, katanya, Persatuan Alumni KTYS turut melaksanakan beberapa program antara berunsur kebajikan, rekreasi dan menyantuni pelajar-pelajar KTYS.