ADUN Warisan nafi dakwaan terima peruntukan kerajaan

KOTA KINABALU: ADUN Parti Warisan menafikan dakwaan bahawa mereka menerima peruntukan daripada kerajaan seperti yang tular di media sosial.

Dalam kenyataan bersama, mereka menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah yang berniat jahat serta bertujuan mencemarkan reputasi wakil rakyat pembangkang.

Menurut kenyataan itu, penyebaran maklumat palsu berkenaan dilihat sebagai taktik untuk menghasut rakyat serta menjejaskan kepercayaan terhadap mereka.

Sehubungan itu, mereka memberi amaran kepada pihak terlibat supaya menghentikan segera penyebaran maklumat tidak benar tersebut.

Mereka turut menegaskan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah.