ADUN Petagas keluar WARISAN sertai GAGASAN Rakyat

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari mengumumkan keluar Parti Warisan (WARISAN) sekali gus menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkuasa hari ini.

Beliau merupakan Bendahari Agung WARISAN mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah hoteldi sini hari ini.

“Keputusan ini diambil selepas melakukan perbincangan dengan kepemimpin di peringkat bahagian.

“Pada hari ini, saya beserta dengan keseluruhan cawangan kecuali tiga atau empat cawangan mengumumkan bahawa kami meninggalkan Warisan dan menyertai Gagasan Rakyat pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya di sini hari ini.

Sebelum itu, pada 6 Februari lalu, tiga ADUN Warisan keluar daripada parti dan menyatakan sokongan terhadap Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah.