KOTA KINABALU: Seramai 2,616 mangsa banjir daripada 1,225 ketua isi rumah (KIR) dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan enam daerah di negeri ini setakat Rabu.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah Pitas kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,777 orang.
Daerah lain yang turut terjejas ialah Beaufort, Membakut, Sipitang dan Sook, manakala proses pemindahan serta pengemaskinian data masih dijalankan di Tenom berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.
JPBN memaklumkan pihak keselamatan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa di PPS sentiasa terpelihara.
