KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.
Anwar menyifatkan pertemuan itu mencerminkan kematangan politik serta iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara, khususnya dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah.
“Saya percaya bahawa kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
“Justeru, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif.
“Saya berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua,” katanya menurut hantaran itu,” kata Perdana Menteri dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.
Dalam hantaran yang sama, Perdana Menteri berkongsi foto pertemuan beliau dengan beberapa pemimpin daripada parti Kerajaan Perpaduan.
