73 Belia Labuan ditawarkan Kursus Perancah Tahap Satu Automatif

LABUAN : Seramai 73 belia tempatan ditawarkan Kursus Perancah Tahap Satu (scaffholding) dan Kursus Automatif (Kenderaan Elektrik) akan dilaksanakan di Pusat Giat MARA Labuan dalam waktu terdekat.

Pengarah Jabatan Giat MARA Negeri Sabah, Azizudin Aziz berkata, kerajaan melalui Kementerian  Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukan geran latihan berjumlah RM425,000 bagi membantu melahirkan golongan belia.

Katanya, ini khususnya tumpuan kepada kursus berkemahiran tinggi dalam bidàng Minyak dan Gas serta bidang Automatif (penyelengaraan  kenderaan elektrikal).

“Daripada jumlah itu sebanyak RM300,000 adalah geran latihan  kursus Perancah Tahap Satu (scaffholding) melibatkan 48 peserta.

“Manakala sebanyak RM125,000 di peruntukan untuk geran latihan penyelengaraan kenderaan elektrik melibatkan seramai 25 peserta,”

katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penasihat Pusat Giat MARA Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, peruntukan itu diluluskan KKDW merupakan peruntukan khas  diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, beliau turut mengharapkan golongan belia di Labuan agar tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kursus kemahiran berkenaan.

“Selain itu Giat MARA akan mengusahakan kepada belia yang berjaya menamatkan kursus berkenaan mendapatkan pekerjaan  dengan mana mana syarikat berkaitan minyak dan gas terutamanya, jelas Mohd Rafi.