500 orang menyertai BERSATU di Lahad Datu

LAHAD DATU: Sebanyak 500 masyarakat cina serta India menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) sekali gus menyerahkan borang kemasukan kepada Ketua Bahagiannya, Abdul Hakim Gulam Hassan.

Majlis penyerahan borang yang diketuai Thomas Wong dalam Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Persatuan Masyarakat Cina di sini hari ini.

Abdul Hakim mengumumkan Thomas Wong sebagai Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Bahagian Lahad Datu.

Abdul Hakim berkata, kewujudan sayap Bersekutu BERSATU mampu memantapkan lagi parti Bersatu di bahagian Lahad Datu.

“Sektor itu ekonomi akan terus bertambah baik dengan pembukaan semula sektor perindustrian yang sebelum ini terjejas akibat wabak COVID-19,” katanya.

Abdul Hakim berkata, kemasukkan  ahli baharu ini adalah bertujuan menubuhkan satu lagi sayap Bersekutu BERSATU Malaysia terdiri daripada kalangan bukan Bumiputera.

Sehubungan itu, Abdul Hakim turut mengumumkan bahawa Thomas Wong dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu BERSATU BAHAGIAN Lahad Datu.

Dalam masa, Abdul Hakim berharap dengan kewujudan sayap Bersekutu BERSATU mampu memantapkan lagi parti khususnya di Lahad Datu.