KOTA KINABALU : Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, Kota Kinabalu, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 5.30 pagi itu bagaimana pum tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Katanya, seramai 11 anggota bergerak ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam kebakaran sebaik menerima panggilan pada 5.41 pagi.
“Operasi memadam kebakaran turut dibantu 16 anggota dari BBP Kota Kinabalu untuk memadam kebakaran membabitkan rumah setinggan jenis tidak kekal dengan anggaran 50 buah rumah musnah terbakar.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dengan dua pancutan dari pam angkut ‘zigler’ iaitu sumber air terbuka dari sungai berhampiran yang dilaksanakan BBP Lintas,” katanya dalam kenyataan kenyataan hari ini.
Agustavia berkata, operasi pemadaman itu juga dibantu agensi lain termasuk polis, Sabah Electricity, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Air Negeri Sabah.
“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba. Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” jelasnya.
