Kerjasama ibu bapa, pihak sekolah bantu tingkatkan prestasi pelajar – Masiung

TELUPID : Ledakan media sosial dalam era digital masa kini jelas mampu mempengeruhi masalah akademik pelajar sekiranya jika tiada pengawasan teliti dalam kalangan ibu bapa dan guru.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah, berkata beliau mengingatkan ibu bapa agar  menghadkan penggunaan telepon pintar dalam kalangan anak-anak mereka.

Masiung memotong riben sebagai tanda perasmian.

Katanya, memang tidak dapat dinafikan teknologi digital pada mampu memperkasa kerjaya sebuah organasasi.

“Namun jika menvapai tahap  ketagihan dalam kalangan murid sekolah melayari media sosial ternyata dikenal pasti mampu menjejaskan prestasi pendidikan mereka.

“Sebagai ketua keluarga kita tidak boleh menggunakan alasan sibuk dengan tugasan harian. Sekiranya  dijemput pihak sekolah mereka perlu hadir untuk membincangkan prestasi semasa anak-anak mereka,” katanya di sini semalam.

Masiung merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, kejayaan anak-anak berkait rapat dengan komitmen ibu bapa.

“Ibu bapa jangan terlalu bergantung sepenuhnya dengan pendidikan guru di sekolah, mereka perlu ambil peduli prestasi semasa,” jelas Masiung.

Menurutnya, beliau mengesa ibu bapa agar mengambil peluang untuk mendaftarkan anak-anak mereka bagi mendapatkan bantuan tunai sumbangan Kerajaan Negeri Sabah menerusi Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI).

“Setiap pelajar Sijil Peperiksaaan Malaysia (SPM) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menduduki peperiksaan akan menerima sumbangan RM200 seorang.

“Bantuan tunai itu merupakan eshan kerajaan Sabah yang pertama kali diperkenalkan dan tidak pernah dilakukan oleh tiga siri kerajaan negeri yang lalu,” kata Masiung.