LAHAD DATU: Seramai 50 orang menerima sumbangan bakul makanan daripada Young Malaysians Movement (YMM Lahad Datu) di sini semalam.
Pengerusinya, Chai Yapp Chien memaklumkan bantuan bakul makanan itu sampaikan dari rumah ke rumah di kawasan Jalan Tamoi, Jalan Asam Agaseh, Pangsapuri Mutiara Kasih serta Kampung Wawasan sekitar daerah Lahad Datu.
Katanya, setiap keluarga menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian sekali gus berharap agar dapat meringankan beban ahli komuniti serta keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Program ini adalah salah satu daripada aktiviti khidmat masyarakat dalam usaha membantu mereka khususnya yang terkesan dengan COVID-19,” katanya.
Yapp berkata, program itu juga merupakan platform terbaik bagi YMM Lahad Datu bagi menyantuni masyarakat setempat.
“Disamping itu juga persatuan turut menzahirkan perhargaan kepada individu serta syarikat perniagaan yang turut sama menyumbang barang keperluan kepada mereka yang terlibat,” katanya.