31 Ogos diisytihar Hari Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong memaklumkan warta itu dibuat pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lepas, bagi makluman umum bahawa 31 Ogos diisytihar sebagai Hari Sabah.

Warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang di-Pertua Negeri Tun  Juhar Mahiruddin.