2,000 peserta sertai larian 5 Kilometer International Walk For Peace 2023

KOTA KINABALU: Hampir 2,000 peserta menyertai program 5 Kilometer International Walk For Peace 3.0 Fasa 2 di Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas, semalam.

Ia membabitkan 30 sekolah daerah Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar dan turut disertai penyertaan sekolah antarabangsa seperti Indonesia, Jesselton College dan Negara Brunei Darussalam. 

Program ini anjuran Pertubuhan Antarabangsa Pendidik Untuk Keamanan Dunia (IAEWP) Malaysia di Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas yang disempurnakan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Sabah Valerie Wong

Canselor Pertubuhan Antarabangsa Pendidik Untuk Keamanan Dunia (IAEWP) Malaysia  Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus berkata, penganjuran program ini merupakan kali kedua sejak ia diadakan pada 2019 sempena Hari Keamanan Sedunia Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) 2023.

Katanya ia bagi memupuk kesedaran masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini agar sentiasa menghargai keamanan dan keharmonian berprinsipkan Rukun Negara.

Program tersebut turut mencatat sejarahnya tersendiri apabila buat julung kalinya IAEWP Malaysia menganugerahkan Tokoh Kedamaian kepada Pemangku Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Prof Datuk Dr. Mohd Zin Bidin.