24 C
Kota Kinabalu
Monday, December 5, 2022

Zahid Hamidi nafi letak jawatan

KUALA LUMPUR: Satu kenyataan yang tular menyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan meletak jawatan adalah palsu.

Katanya, orang ramai diminta untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan kenyataan palsu berkenaan.

Kenyataan itu dimaklumkan oleh beliau sendiri menerusi satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini, kenyataan yang tular itu turut memberitahu bahawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan Ahmad Zahid sebagai pengerusi gabungan BN berkenaan.

Ia juga memaklumkan bahawa gabungan tersebut telah mencapai satu kesepakatan untuk menentukan sama ada akan menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid memohon agar rakyat semua mendoakan yang terbaik pada ketika ini.

“Mohon doakan yang terbaik dalam keadaan sekarang ini,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles