25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

Warisan nafi 30 ketua cawangan di Semporna keluar parti

SEMPORNA: Warisan hari ini, menafikan dakwaan 30 ketua cawangan parti itu keluar dan menyertai PPBM.

Ketua Penerangan Warisan Bahagian Semporna, Hasbullah Raudah, berkata ada di antara individu yang mendakwa menyertai PPBM seperti dalam gambar yang disiarkan adalah ahli dan bekas ketua cawangan UMNO.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa individu yang mengisytiharkan diri sebagai ketua cawangan yang berdaftar dalam parti bahagian Semporna.

“Ia adalah tidak benar sama sekali. Berdasarkan gambar yang ditularkan, individu-individu yang terdapat dalam gambar itu ada antaranya ahli dan bekas ketua cawangan UMNO.

“Ada juga antara mereka pada hari ini masih bersama-sama kita dan mereka mengakui bahawa agenda perjumpaan yang diadakan semalam tidak jelas, dimanipulasi dan ia adalah disebabkan mereka sebagai penduduk kampung dan bukan seperti yang dimaklumkan dalam media,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasbullah berkata, jika pun ada yang mengaku sebagai ketua cawangan dan keluar parti, ia tidak menjejaskan Warisan di Semporna kerana ahli-ahli dalam cawangan masih setia dengan parti itu.

“Kita akui memang terdapat individu yang memohon untuk membuka cawangan baharu yang berstatus penaja. Namun saya sekali lagi menegaskan bahawa individu itu bukan ketua cawangan yang berdaftar, kalau ada pun hanya sebagai ahli biasa saja.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan parti bahagian akan mendapatkan kepastian daripada individu terbabit sama ada benar-benar keluar parti atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan punca 30 ketua cawangan Warisan di kawasan Parlimen Semporna keluar parti akibat nasib mereka tidak terbela.

Bekas ketua cawangan Kampung Bangau-Bangau Panglima Atani, Noorasmah Omar mendakwa kepemimpinan Warisan gagal mengotakan janji kepada rakyat termasuk mendirikan penempatan bagi mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau pada 2015.

SabahNewsToday

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles