LABUAN: Seorang lelaki warga emas, Sirigon @Pius Dumbah 86 tahun yang hilang sejak tiga hari lalu ditemukan dalam keadaan dalam selamat walaupun kelihatan lemah dan kekurangan air dalam badan.
Sirigom yang dilaporkan hilang ketika pergi ke kebun di sekitar Kampung Sungai Bedaun, tiga hari lalu dijumpai di kawasan semak tidak dari dari kebun beliau pada jam 6 petang kelmarin oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali, warga emas itu ditemukan pada pukul 6 petang di dalam semak tidak jauh dari kawasan kebun beliau.
Menurut Abdul Rahman, usaha mencari dan menyelamat digerakkan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kehilangannya sejak tiga hari lalu.
“Seramai 19 anggota dari Balai Bomba Labuan Sentral dan Balai Bomba Layangan termasuk 8 anggota Unit Khas Storm dan Must terlibat dalam gerakan mencari dan menyelamat.
Turut membantu sama ialah Agensi Pertahanan Awam (APM) dan Polis Labuan, katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sementara itu, mangsa yang berada dalam keadaan lemah telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Labuan untuk pemeriksaan lanjut.