Wan Saiful mengaku tidak bersalah terima RM6.9 juta

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah berhubung dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta.

Pemimpin (Perikatan Nasional) PN itu memohon dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di hadapan hakim Azura Alwi.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan”, kata Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Dia didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” daripada Kerajaan Malaysia secara Pra Kelayakan yang keseluruhannya bernilai RM232,000,000.