UMNO sangkal dakwaan dalang pendedahan isu rasuah tular di media sosial – Awang Aslee

BEAUFORT : UMNO tidak wajar dikaitkan dengan kes rasuah mengaitkan pemimpin tertentu di Sabah, kini tular di pelbagai platfrom media sosial serta media cetak sejak beberapa hari lalu.

Ketua UMNO Bahagian  Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata,  isu ini mula tular apabila sebuah portal dalam talian berpengkalan di Kuala Lumpur melaporkan isu rasuah berlaku membabitkan pemimpin tertentu dan  tidak pun menyatakan di negeri mana ianya berlaku.

“Jika pun ada ahli-ahli Umno yang berkongsi kenyataan tersebut di media sosial ia hanyaperkongsian biasa yang tidak pun menyentuh mana-mana pihak.

“Kita hairian kenapa pula harus dikaitkan isu ini di dalangi oleh Umno?,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Awang Aslee berkata, beberapa portal dalam talian berpengkalan  di Kuala Lumpur turut menyiarkan rakaman video bersama individu yang ada kaitan dengan kes ini.

Sambil mematik peribahasa “ Kalau tiada angin masakan  pokok bergoyang” Awang berkata isu yang tular ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan sisatan sekiranya ada laporan.

“Jika benar-benar berlaku melibatkan pemimpin di negeri ini  dan ada laporan sudah tentu pihak berkuasa akan menyiasat dan herat mereka kemuka pengadilan.

“Justeru kita berharap pihak berkuasa mengambil tindakan dan memandang serius isu ini,” jelas Awang Aslee.

Menurut, Sabah perlu bebas dari kes kes rasuah sebagai mana iltizam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertekad untuk terus membanteras amalan rasuah dalam pentadiran

“ Saya mengingatkan beberapa individu terutamanya tentera siber ( cybertrooper) upahan dari parti tertentu agar tidak mengaitkan UMNO sebagai dalang dalam pendedahan kes rasuah, agar tidak menangguk di air keruh dengan kenyataan dan infografik mengaitkan pemimpin Umno.

“Sekiranya SPRM capai keputusan dan tiada masalah, ‘so be it’. Sekiranya SPRM rasakan ada sesuatu, ambil tindakan jangan timbulkan persepsi selagi hasil siasatan belum selesai,” katanya.