32 C
Kota Kinabalu
Sunday, April 2, 2023

UMNO Sabah guna autonomi kekalkan sokongan kepada GRS

KOTA KINABALU: UMNO Sabah akur dan menghormati ketetapan diputuskan pucuk kepemimpinan tertinggi UMNO Pusat, namun menegaskan perkara itu disesuaikan dengan kuasa autonomi yang dimilikinya.

Dalam satu kenyataan malam ini, UMNO Sabah menjelaskan sejajar dengan kedudukan itu dan mandat diberikan rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16), ia mengambil pendirian terus kekal dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

Kenyataan itu turut menyatakan harapan UMNO Sabah agar pendiriannya itu dihormati semua pihak demi kestabilan, keharmonian dan kemakmuran rakyat serta negeri Sabah.

“Sebagai adik bongsu berautonomi kepada UMNO Malaysia, apa juga keputusan dan ketetapan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti akan sentiasa dihormati dan diakuri oleh UMNO Sabah dan disesuaikan dengan kuasa autonomi UMNO Sabah.

“Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada UMNO Sabah dalam PRN-16 yang lalu akan dihormati, diperkukuh dan dimatangkan.

“Oleh itu, UMNO Sabah berpendirian untuk terus kekal dan menyokong GRS di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor,” kata kenyataan itu malam tadi.

Kenyataan itu juga menjelaskan UMNO Sabah menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara supaya semua pihak menghormati prinsip kedaulatan undang-undang.

Jelas kenyataan itu, seperti termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO, semua saf kepemimpinan dan ahli UMNO Sabah menumpahkan sepenuh taat setia kepada Raja-Raja Melayu dan berikrar untuk terus mendukung serta memayungi Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.

“UMNO Sabah berdoa dan berharap agar kemelut politik di Semenanjung dapat diselesaikan secara berhemah, harmoni dan bijaksana demi kemaslahatan negara dan rakyat,” kata kenyataan itu.

 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles