KOTA KINABALU: Semua kepimpinan dipelbagai peringkat perlu mengekalkan momentum gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.
Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ketika ini semua jentera parti perlu diperkemaskan serta dimantapkan sementara menunggu tarikh penting PRU-15.
“Kita perlu terus berkerja…UMNO mempunyai organisasi serba lengkap membabitkan Bahagian; Wanita; Pemuda; Puteri serta cawangan.
“Kita yakin jika ini digerakan secara bersepadu dan teratur dilihat akan memudahkan lagi gerak kerja bagi menghadapi PRU-15.
“Setakat ini momentum cukup baik…Kita menempuh beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Negeri (PRN) yang terkini PRN Melaka kita mencapai kejayaan cemerlang,” katanya.
Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, mengingatkan semua ahli kejayaan ini jangan terus melekakan sebaliknya mengekalkan momentum sekali gus memangapkan ahli di peringkat akar umbi.
“Semangat ahli Umno untuk terus berjuang kembali pulih selepas pretasi cemerlang baik semasa PRK atau PRN diadakan…ini membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) masih relevan dan menjadi pilihan rakyat,” katanya.